Home Nasional Hujan lebat dijangka berterusan hingga tengah malam

Hujan lebat dijangka berterusan hingga tengah malam

Seorang lelaki menggunakan payung ketika hujan lebat semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dijangka berterusan sehingga tengah malam ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, cuaca buruk berkenaan berlaku di beberapa kawasan di Kedah dan Perlis.

Keadaan itu dijangka melanda di beberapa daerah lain di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan dan Pendang.

Menerusi kenyataan terkini yang dikeluarkan tengah hari tadi, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak.

Cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim serta Batang Padang. – MalaysiaGazette