, Camelle adalah produk yang berkualiti kerana sampelnya telah diuji di Amerika Syarikat selama setahun.

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Camelle, Camelle Ceutical Sdn. Bhd., yakin dapat menjual rangkaian produknya sebanyak 10,000 unit pada 2018.

Pengasasnya, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, keyakinan tinggi terhadap  sembilan produk Camelle dalam pasaran kerana pihaknya memberi tumpuan kepada produk penyelesaian anti penuaan walaupun masih baharu di kalangan masyarakat.

Menurutnya, syarikat merancang untuk melantik lebih ramai pengedar untuk mempromosikan produk tersebut.

“Sebagai bukti komitmen tinggi kami, Camelle adalah produk yang berkualiti dan syarikat sanggup membuat pelaburan besar di Amerika Syarikat.

“Untuk menghasilkan produk Camelle, saya telah menghantar sampel awal untuk menjalani kajian dan pembangunan yang terperinci ke Amerika Syarikat yang prosesnya telah mengambil masa selama setahun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Dr Sharifah Halimah Jaafar.

Dr Sharifah Halimah menjelaskan, syarikat tidak pernah berkompromi dengan kualiti kerana telah mengkaji bahan mentah yang digunakan dari semasa ke semasa bagi memastikan produk yang dihasilkan selamat digunakan.

“Untuk menambahkan keyakinan pelanggan, Camelle mendapat sijil pengiktirafan berkaitan analisis dan data keselamatan yang sah daripada akreditasi makmal bakal meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk terus setia menggunakan produk kami,” katanya.

Antaranya produk Camelle ialah Maleficient Facial Treatment Oil, Maleficent Cleanser 3 in 1, Maleficent 24k Gold Eye Cream, Maleficent Anti-Aging Trio Set dengan harga antara RM139 hingga RM250 seunit. – MalaysiaGazette

Rangkaian produk Camelle dijual pada harga antara RM139 hingga RM250 seunit.