Uptown Puchong Night Bazaar kini menjadi tarikan utama di bandar Puchong.

PUCHONG – Fenomena bazar larut malam atau uptown sejak beberapa tahun lalu ibarat tidak pernah padam sebaliknya terus menjadi pilihan utama oleh masyarakat sehingga hari ini.

Salah satunya, Uptown Puchong Night Bazaar (Uptown Puchong) yang kini menjadi tarikan popular di bandar Puchong.

Bukan itu sahaja, uptown tersebut juga menjadi pilihan di kalangan penduduk dari Shah Alam, Serdang, Putrajaya dan  Kuala Lumpur berkunjung ke sana.

Pelbagai jenis barangan ditawarkan di Uptpwn Puchong.

Apatah lagi pada hujung minggu atau musim perayaan, Uptown Puchong sering sesak dengan orang ramai membeli-belah di bazar yang menawarkan pelbagai jenis barangan pada harga murah dengan suasana cukup nyaman.

Pelbagai jenis barangan ditawarkan di sana bermula daripada pakaian termasuk kanak-kanak, barang perhiasan, aksesori kereta, perkakasan rumah sehingga ke salon gunting rambut sekaligus lokasi sesuai untuk membeli-belah seisi keluarga.

Malah kewujudan uptown tersebut tentunya bertujuan menjana ekonomi sekali gus meningkat pendapatan di kalangan usahawan menerusi barangan yang ditawarkan.

Shellout menjadi menu popular di medan selera.

Malah dengan suasana yang meriah ia juga berpotensi untuk menjana pendapatan menyebabkan ramai peniaga Melayu mencuba nasib menghidupkan uptown itu yang beroperasi dari pukul 3 petang sehingga 3 pagi.

Uptown Puchong yang diuruskan oleh Mayfair Assets Sdn. Bhd. telah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Menurut Pengurus Acara, Shafiq Mansor, Pengurus Acara Mayfair Assets Sdn. Bh., Uptown Puchong merupakan uptown pertama di negara ini yang berkonsep moden dan tersusun.

Jelasnya, ini kerana uptown itu berbumbung dan berhawa dingin bagi memberi kelesaan pengunjung membeli-belah atau menjamu selera tanpa perlu risau dengan keadaaan cuaca.

Katanya lagi, bagi memberi pelbagai pilihan, Uptown Puchong itu memiliki 400 unit kedai di dalam dan 150 unit di luarnya.

“Orang ramai tidak perlu risau jika hendak beli apa jua barang ketika tengah malam. Produk-produk elektrik pun turut dijual di sini.

“Bagi yang gemar lepak waktu malam, kami juga menyediakan perkhidmatan bilik karaoke selain skrin LCD besar di ruang legar medan selera.

“Malah setiap bulan, kami juga sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke dan pameran kucing,” katanya.

Shafiq menambah, bagi peniaga di medan selera, pihaknya telah menyediakan kelengkapan dapur jadi apabila mereka hanya perlu bawa bahan masakan sahaja.

Malah ujarnya, kadar sewa yang dikenakan pula di bawah RM3,000.

“Lebih menarik lagi, ada ruang untuk disewa bagi sebarang khas dengan harga berpautan seperti kawasan lapang di belakang untuk jualan gedung.

Shafiq juga memberitahu, pengunjung yang hadir ke Uptown Puchong tidak perlu risau kerana bayar parker adalah percuma dan banyak lot tersedia.

Ujarnya, ini menyebabkan suasana tidak menjadi sesak dan terurus malah terdapat pengawal keselamatan yang menjaga lalu lintas.

Sesiapa yang nak anjurkan event seperti ini boleh juga berhubung dengan pihak pengurusan di talian 03-77224372 atau emel sebarang pertanyaan ke [email protected]. – MalaysiaGazette