Pengerusi Pertubuhan NGO Alifbata Srikandi Mashyur, Wan Asshima Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Sehari sebelum bermula Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 ada bekas pemimpin Puteri mendakwa kes berkhalwat sering berlaku dalam kalangan ahli parti itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendakwa sepanjang 17 tahun menjadi ahli UMNO beliau tahu ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik sepanjang PAU diadakan.

Justeru, pemimpin NGO pro Pas itu mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan operasi pencegahan maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu kota bermula esok.

“Saya cabar kepada pihak Pejabat Agama Islam buat operasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam. Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat.

“Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik. Ini kalau saya cerita kata saya fitnah, kalau saya cakap kata saya aib. Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi,” katanya seperti dilapor Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga mendakwa pendedahan itu dibuat kerana tidak mahu lagi bersubahat.-MalaysiaGazette

 

 

Comments are closed.