KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo bersedia untuk merampas kerusi Parlimen Ampang pada PRU-14 sekiranya diberi mandat oleh pucuk pimpinan.

Namun sekiranya pihak kepimpinan tertinggi parti meletakkan calon lain untuk kerusi tersebut, beliau tidak kecewa.

Malah beliau berjanji tidak akan sabotaj malah akan berusaha menggerakkan jentera memenangi kerusi berkenaan.

Parlimen Ampang telah dimenangi oleh Ketua Wanita Pakatan Harapan yang juga Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dea penggal berturut-turut.-MalaysiaGazette