Home Dunia AS minta Israel tidak ulas Baitulmaqddis

AS minta Israel tidak ulas Baitulmaqddis

28
0
Kongsi

WASHINGTON – Amerika Syarikat meminta Israel untuk┬átidak┬ámemberi sebarang kenyataan terhadap pengiktirafan Baitulmaqddis sebagai ibu negara Israel.

Dokumen Jabatan Negara memaklumkan arahan itu dibuat kerana Washington menjangkakan serangan balas dunia yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada kemudahan dan rakyat Amerika Syarikat.

“Walaupun saya menyedari anda secara terbuka akan mengalu-alukan berita ini, saya meminta supaya tidak melakukan kenyataan rasmi,” menurut dokumen bertarikh 6 Disember itu.

Dokumen itu merupakan inti pati kenyataan bagi para diplomat yang berada di Kedutaan Tel Aviv untuk disampaikan kepada Israel.

“Kita menjangkakan ada halangan di Timur Tengah dan seluruh dunia berhubung berita ini. Kita masih melihat kesan keputusan ini terhadap kemudahan-kemudahan dan kakitangan Amerika Syarikat,” menurut dokumen tersebut.

Dokumen kedua Jabatan Negara yang dilihat oleh Reuters bertarikh 6 Disember itu berkata, agensi itu telah membentuk petugas khas dalaman untuk ‘melihat maklum balas dunia’ berhubung pengiktirafan terhadap Baitulmaqddis.

Seorang pegawai Amerika Syarikat memberitahu, ia adalah standard untuk menubuhkan pasukan petugas “pada bila-bila masa jika terdapat kebimbangan mengenai keselamatan dan keselamatan kakitangan kerajaan atau warga Amerika Syarikat”.

Jabatan Negara tidak memberi kenyataan berhubung pendedahan dokuman itu. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan