Kongsi
Presiden NGO No.1 Malaysia, Mohd Ali Haji Baharom @AliTinju memberi roti canai percuma kepada sebahagian ahli UMNO yang hadir pada Pehimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di perkarangan Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 DISEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang berkunjung di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini berpeluang menikmati roti canai dan teh tarik percuma.

Ia merupakan sumbangan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Said dan diurus oleh Presiden NGO No.1 Malaysia, Mohd Ali Baharom.

Roti canai dan teh tarik berkenaan dihidangkan kepada orang ramai menggunakan sebuah food truck yang diletak di hadapan Hotel Seri Pacific bersebelahan PWTC.

Mohd Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Ali Tinju berkata, roti canai dan teh tarik percuma itu akan diberi bermula hari ini hingga hari terakhir perhimpunan berlangsung Sabtu nanti bermula 9 pagi hingga 7 malam.

Presiden NGO No.1 Malaysia, Mohd. Ali Baharom @AliTinju menunjukkan roti canai dan teh tarik percuma bersempena Pehimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di perkarangan Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 DISEMBER 2017.

Katanya, hari ini setakat pukul 6 petang, lebih 2,500 keping roti canai dan teh tarik telah diberikan kepada pengunjung yang singgah.

Katanya, jumlah itu akan ditambah lagi berikutan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pengunjung.

“Kita telah banyak kali memberikan roti canai dan teh tarik percuma ini setiap kali perhimpunan sejak beberapa tahun lalu.

“Kami menyediakan makanan ini bermula jam 9 pagi dan pengunjung boleh datang mengambilnya pada bila-bila masa sehingga makanan habis,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan