Home Nasional SPRM cari 3 individu

SPRM cari 3 individu

dari kiri - Tan Hooi Sim Md Liton Azid Bepari Michael Persius Ubu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan.

Bagi kes pertama, SPRM Kedah sedang mengesan Tan Hooi Sim, 47, pemegang kad pengenalan bernombor 700717-02-5449 yang beralamat di 26, Batu 5 1/2, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

Manakala, individu kedua yang dikesan ialah Md Liton Azid Bepari, 40, memegang pasport bernombor BC0339074 dan mempunyai alamat terakhir di Ladang Ayam Lubok Getah, Pendang, Kedah.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tan Hooi Sim dan Md Liton Azid Bepari boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Hedzra Shahrul Ahmad di talian 012-5135290.

Sementara itu, ibu pejabat SPRM pula sedang mengesan Michael Persius Ubu, 61, yang memegang kad pengenalan 561129-12-5235 serta mempunyai alamat terakhir di Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd. Tharuzi Mohd. Nor di talian 03-8870 0366 atau 013-955 7850. – MalaysiaGazette