Home Nasional 8 individu disiasat tetak, bunuh lelaki

8 individu disiasat tetak, bunuh lelaki

JOHOR BAHRU – Lapan individu telah ditahan susulan penemuan mayat lelaki yang diikat kaki dan tangan serta kesan tetakan di badan di Jalan Persiaran Bestari, Taman bestari Indah, kelmarin.

Semua suspek itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan.

Mayat mangsa ditemui di tepi jalan berkenaan pada pukul 8 pagi selepas menerima maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, motif kejadian masi lagi dalam siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jokhiri meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan.

Selain itu mereka boleh menyalurkan maklumat menerusi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline IPD Seri Alam di talian 07-3864222. – MalaysiaGazette