Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

KUALA LUMPUR – Pendedahan dibuat berhubung pengakuan Lim Kit Siang yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri dengan memperkudakan parti rakan-rakannya, kata Datuk Zainal Abidin Osman.

Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu mendakwa telah didatangi beberapa ahli DAP beberapa hari lalu yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendapat tahu hasrat Penasihat DAP itu yang mahu meneruskan cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.

“Saya terjumpa di kedai kopi mereka bercerita tiga minggu lepas kata Kit Siang diktator, mereka kata Kit Siang dalam hati menyimpan keinginan untuk jadi PM, itu bukan kata saya tapi penyokong DAP, kalau nak saman saman dia,” kata beliau semasa ditemui semalam.

Ujarnya, Kit Siang mahu mencapai cita-citanya dengan undian daripada parti gabungannya, PKR dan dua parti serpihan lagi, PAN dan PPBM.

“Dia kata kalau boleh memastikan PH memerintah negara dengan sokongan ahli DAP dan orang cina mirip DAP untuk parti serpihan seperti parti bunga raya, PAN, PKR, dia akan jadi PM.

“Minta simpanglah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada 100 ahli DAP Pulau Pinang yang keluar parti semalam dan sebahagian daripada mereka telah memotong kad keahlian di hadapan media.

Menurut Zainal lagi, matlamat Kit Siang itu bukan suatu perkara mustahil kerana DAP boleh menuntut daripada gabungan parti mereka dalam PH yang hanya mempunyai sokongan 30 peratus daripada orang Melayu dan selebihnya adaah undi Cina.

“Dia ada hak dan merit untuk demand kerusi paling unggul iaitu kerusi PM kerana penyokong Cina meletakkan kemenangan kepada mereka iaitu DAP, meskipun PKR, PAN DAN PPBM banyak kerusi tetapi undi Melayu yang mereka perlukan hanyalah 30 peratus sahaja,” ujarnya lagi.

Menurut Zainal, tindakan 100 orang bekas ahli DAP itu mulai merasakan yang perjuangan parti itu hanyalah sia-sia sahaja.

“Di Pulau Pinang sejak dulu lagi, DAP memerintah tahun lepas, nak cari 100 orang keluar parti, nak cari seorang keluar parti pun susah, mereka fikir mungkin perjuangan mereka jadi sia-sia setelah DAP memerintah 9 tahun, kebaikan yang mereka harapkan jadi kemudaratan, oleh kerana DAP yang pegang tampuk kuasa, saya tak terkejut,” tambahnya.-MalaysiaGazette