Home Nasional Gangguan air di Sepang, Hulu Langat Rabu depan

Gangguan air di Sepang, Hulu Langat Rabu depan

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja ini dijalankan bermula jam 9 pagi pada 13 Disember 2017 hingga 5 petang keesokan harinya.

Gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyambungan jajaran paip dalam pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Jenderam Hilir, Sepang.

Oleh itu, para pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat. – MalaysiaGazette