Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja nama Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad disebut, para perwakilan menyorak ‘boo’ sebagai tanda marah kepada kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, ada seorang perwakilan memberitahu Kit Siang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan juga terdapat seorang lagi bekas perdana menteri berusia 93 tahun yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri semula walaupun sudah memegang jawatan selama 22 tahun.

“Saya dengar khabar orang bernama Lim Kit Siang berminat nak jadi PM, kalau tak percaya bekas wakil rakyat DUN Jawi, dia percaya Kit Siang minat jadi PM.

“Dia keluar DAP sebab Kit Siang ini seorang diktator dan tidak boleh terima cara Kit Siang. Ada dengar pula orang berusia 93 tahun pun juga minat nak jadi PM balik,” kata Najib yang kemudiaan disahut dengan sorakan ‘boo’ merujuk kepada dua pemimpin tersebut semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini.

Najib kemudian bertanya kepada perwakilan sama ada mereka mahu atau tidak bekas pemimpin tersebut dan ia disambut ‘tidak’ oleh perwakilan.

“Senja meniti malam. Zimbabwe pun dah tidak ada… sudah 93 tahun tuan. Jadi lah situ tak menentu takkan nak letak masa depan negara kepada dua ini,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette