Tasha Shilla mencuri perhatian gara-gara memuat naik foto yang memakai seluar pendek paras punggung dan baju yang menampakkan bahagian bahu di laman Instagramnya.

KUALA LUMPUR – Lama menyepi tanpa berita dalam dunia hiburan, pelakon Tasha Shilla kini muncul kembali dengan gambar kontroversinya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Tasha mencuri perhatian gara-gara memuat naik foto yang memakai seluar pendek paras punggung dan baju yang menampakkan bahagian bahu yang terdedah.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 30, sempat menulis kapsyen yang dia ingin bercuti di pantai menerima kecaman daripada netizen.

“Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari,” kata Tasha yang bergaya manja dalam gambar itu.

Seperti dijangka, ramai netizen mengecam Tasha sambil memberi pendapat pelakon wanita tersebut sengaja menimbulkan kontroversi untuk meraih semula popularitinya

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut di laman sosial Tasha yang mempertahankannya dan berpendapat artis juga seorang manusia dan berhak untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Nama Tasha sebelum ini menjadi kontroversi apabila dia dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu menghadiri perasmian majalah fesyen dari Perancis pada 2015.

Pada tahun lalu sekali lagi nama Tasha menjadi perhatian apabila tersebarnya sekeping foto separuh bogel yang didakwa miripnya. – MalaysiaGazette