Home Utama Annuar tidak akan kembali ke MARA

Annuar tidak akan kembali ke MARA

Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA) Tan Sri Annuar Musa tidak akan kembali memegang mana-mana jawatan di dalam agensi tersebut.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata demikian apabila ditanya tentang desas-desus mengatakan bahawa Ketua Penerangan Umno itu bakal memasuki semula syarikat tersebut.

“Itu khabar angin. Saya tidak dengar secara rasminya. Tidak ada (sekarang pun tiada jawatan Annuar pegang dalam MARA) . Sekarang pun dia bukan Pengerusi,” katanya pada sidang media  selepas Majlis Pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat MARA dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Di ibu kota hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sri Azam Baki.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap Ketua Penerangan Umno itu telah selesai dan sudah dikemukakan kepada Pendakwa Raya untuk membuat keputusan dan tindakan lanjut.

“Kertas siasatan telah pun siap dan telah dikemukakan kepada Pendakwa Raya. Setakat ini tidak ada lagi keputusan… Kita tunggulah keutusan,” kata beliau.

Annuar disiasat oleh SPRM berhubung isu penajaan UniKL dan Pelaburan MARA Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors. – MalaysiaGazette