Home Dunia Kebakaran di California makin ganas

Kebakaran di California makin ganas

50
0
Kongsi
Kebakaran di California semakin kritikal disebabkan cuaca kering dan angin kencang. foto Agensi

CALIFORNIA – Kebakaran yang melanda di selatan California makin sukar dibendung, kini semakin merebak dibawa oleh angin Santa Ana dan cuaca yang melampau.

Lima kebakaran yang meliputi lebih 200,000 ekar merebak di California pada hari Ahad menyebabkan kira-kira 9,000 anggota bomba dikerah memadamkan api, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, yang juga dikenali sebagai Cal Fire.

Lebih 800 rumah dan struktur telah musnah dan 98,000 orang terpaksa berpindah, menurut Cal Fire

Api yang semakin mengganas itu dikhuatiri mengancam 25,000 buah rumah.

Kebakaran terbesar yang berlaku di daerah Santa Barbara dan Ventura, meliputi 173,000 ekar dan hanya 15 peratus berjaya dipadam pada pagi Ahad, menurut Cal Fire.

Pejabat polis Santa Barbara County mengeluarkan rahan pemindahan bagi kawasan yang meliputi Buena Vista Dr. ke Toro Canyon Road dari SR-192 utara ke Camino Cielo.

Amaran pemindahan turut dikeluarkan di beberapa bahagian Montecito, Carpinteria dan Summerland.

Sementara itu, laman sesawang jabatan bomba berkata, kebakaran masih aktif di utara, barat dan timur California.

“Tiupan angin sederhana Santa Ana menyebabkan api aktif dan membakar sebahagian besar kawasan Carpinteria,” kata agensi bomba itu di laman webnya.

Angin Santa Ana diramalkan bertiup kuat dijangka terus memberi kesan bahaya di seluruh California Selatan , menurut ahli meteorologi Weather Channel, Chris Dolce.

Angin dijangka merosot pada minggu depan, tetapi masih tiada hujan diramalkan berlaku. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan