Home Sukan Lukaku disiasat baling botol

Lukaku disiasat baling botol

Mikel Arteta

MANCHESTER – Penyerang Romelu Lukaku akan disiasat Persatuan Bola Sepak England setelah didakwa membaling botol minuman dan mencederakan Mikel Arteta yang merupakan pembantu jurulatih Manchester City.

Pemain Manchester United dan City dilaporkan terlibat dalam pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan selepas perlawanan derby itu.

Insiden itu berpunca selepas tamatnya perlawanan apabila pemain City meraikan kemenangan mereka dengan sangat bising dan disertai dengan muzik yang kuat dan dapat didengari oleh pemain United.

Pemain dan kakitangan United jelas terganggu dan tidak selesa serta tidak gembira dengan cara para pemain dan kakitangan City meraikannya dengan menganggap ianya sebagai tidak menghormati tuan rumah.

Menurut wartawan Guardian, Daniel Taylor, Arteta yang juga bekas pemain Arsenal meninggalkan bilik persalinan dengan darah mengalir di mukanya.

Dilaporkan Jose Mourinho turut terlibat secara langsung ketika dia berjalan melewati bilik persalinan City ke kawasan terowong utama untuk diwawancara media siaran.

Sebelum ini, pergaduhan di terowong berlaku di Old Trafford antara kakitangan & pemain United dan Arsenal setelah Cesc Fabregas membaling pizza kepada Ferguson. – MalaysiaGazette