Pep Guardiola kini membuktikan dia pengurus terbaik berbanding Jose Mourinho.

MANCHESTER –  Jose Mourinho masih enggan mengalah biarpun Manchester United ini ketinggalan 11 mata di belakang jiran, Manchester selepas tewas 1-2 di laman sendiri, awal pagi tadi.

Bagaimanapun pengendali Portugal itu terpaksa mengakui City merupakan pasukan hebat namun sering bernasib dalam perlawanan.

“Saya tidak tahu tapi mereka [Manchester City] merupakan pasukan yang cukup hebat. Mereka bernasib baik.

“Mereka memiliki keputusan baik yang berpihak kepada mereka namun Selasa ini adalah hari lain untuk perlawanan liga.

“Saya yakin kesemua kami iaitu Chelsea di tangga ketiga dan yang lain lain di tangga keempat, lima dan enam akan berjuang untuk mendapatkan mata.

“Kami akan melawan untuk mengurangkan jurangyang persaingan adalah normal dalam kejuaraan liga,” katanya selepas perlawanan berakhir.

Sementara itu, dua kesilapan mudah tuan rumah membolehkan City meraih  kemenangan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris berturut-turut buat pasukan Pep Guardiola.

Romelu Lukaku patut dipersalahkan kerana dua kali gagal mengeluarkan bola menyebabkan Davis Silva membolosi gawang Manchester United bermula pada minit ke-43.

Bagaimanapun, dua minit kemudian Marcus Rashford menyamaikan kedudukan dengan 1-1.

Manchester United mempunyai peluang keemasan apabila Lukaku dan Juan Mata diberikan tendangan jarak dekat, tetapi ditangkas oleh Ederson.

Lukaku sekali menjadi punca hingga membolehkan Nicolas Otamendi pula menambah jaringan buat Manchester City pada minit ke-54 dan keputusan kekal sehingga ke akhir permainan.

Manchester City memecah rekod apabila mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan lebihan 11 mata menerusi kemenangan ke-14 berturut-turut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan