Home Ekonomi Pelabur asing beli RM337 ekuiti minggu lalu

Pelabur asing beli RM337 ekuiti minggu lalu

KUALA LUMPUR – Dana-dana global terus berada dalam pasaran Malaysia untuk tiga minggu berturut-turut.

MIDF Research berkata, berdasarkan data awal dari Bursa Malaysia, jumlah pelaburan oleh pelabur antarabangsa melonjak melebihi RM300 juta buat kali pertama dalam 12 minggu.

Lebih tepat lagi, sejumlah RM337.7 juta ekuiti Malaysia dibeli minggu lepas, lebih tinggi daripada berbanding RM272.3 juta pada minggu sebelumnya,” kata MIDF Research dalam laporan mingguannya.

Minggu lalu, pelabur asing adalah pembeli bersih pada setiap hari, memperluas ‘pesta’ membeli dalam sembilan hari berturut-turut pada hari Jumaat lepas dan juga yang paling lama dalam hampir tujuh bulan.

Pelabur global memulakan minggu yang kukuh pembelian sehingga RM89.5 juta kerana mood risiko pulih selepas rang undang-undang cukai Senat diluluskan pada hujung minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, MIDF berkata, pembelian asing mencecah pada hari Selasa selepas turun kepada RM20.8 juta walaupun FBM KLCI mencapai paras tertinggi dua minggu iaitu 1,724
mata di tengah-tengah peningkatan pendapatan korporat pada suku ketiga 2017.

Perlu diperhatikan bahawa dana asing secara beransur-ansur meningkatkan pendedahan mereka di Bursa Malaysia selepas itu. Paling penting, belian asing meningkat pada hari Jumaat kepada RM159.5 juta, pengambilalihan terbesar dalam sehari sejak 23 November,” kata MIDF.

“Maka tidak hairanlah jika mood di bursa tempatan dihidupkan semula oleh data perdagangan China yang cemerlang dan kenaikan oleh saham-saham stok perbankan Malaysia,” katanya.

Aliran masuk bagi minggu kedua menjadikan pembelian asing sehingga kini berjumlah RM9.71 bilion.

Sejak 49 minggu lalu, Malaysia menyaksikan aliran masuk asing sebanyak 33 minggu berbnading 26 minggu pada tahun lalu.

Penyertaan asing kekal tinggi minggu lalu dengan nilai perdagangan harian purata asing (ADTV) kekal melebihi RM1 bilion kepada RM1.32 bilion sementara ADTV runcit RM805 juta. – MalaysiaGazette