Home Dunia Salji tebal di Eropah

Salji tebal di Eropah

LONDON – Kira-kira 330 penerbangan terpaksa dibatalkan, selain sistem pengangkutan lain terjejas selepas sebahagian besar Eropah dilanda salji tebal.

Beratus-ratus penumpang udara terkandas di Frankfurt, pusat kewangan Jerman dan juga Britain.

Lapangan terbang – hab udara terbesar di Jerman dan pangkalan utama untuk syarikat penerbangan utama Lufthansa – telah dijadualkan mengendalikan sejumlah 1,260 penerbangan sepanjang hari.

Manakala Lapangan Terbang Duesseldorf terpaksa ditutup selama empat jam pada siang hari, lapor agensi berita DPA.

Jalan raya dilitupi salji tebal di United KIngdom. foto AgensiLapangan terbang – hab udara terbesar di Jerman dan pangkalan utama untuk syarikat penerbangan utama Lufthansa – yang mengendalikan sejumlah 1,260 penerbangan sepanjang hari juga terpaksa menjadual semula operasi.

Jadual keretapi yang merentasi barat North Rhina-Westphalia  terpaksa ditangguh, dialihkan laluan atau dibatalkan

Di Britain, Lapangan Terbang Birmingham terpaksa menggantung operasi penerbangan sepanjang pagi Ahad bagi membolehkan kakitangannya membersihkan salji.

Salji yang tebal menyebabkan kesesakan di kebanyakan jalan dan lebuh raya di Eropah. foto AgensiMalah, 11 penerbangan terpaksa dialihkan dan ia dijangka membatalkan lebih banyak penerbangan.

Landasan Lapangan Terbang Luton London turut ditutup selama dua jam sebelum dibuka semula kira-kira 1130 GMT.

Orang ramai menggambarkan lapangan terbang umpama zon perang.

Sementara itu, polis menasihatkan pengguna jalan raya di Wales dan tengah England tidak keluar rumah kecuali jika perlu.

Di beberapa lebuh raya di England pula dilaporkan kejadian kemalangan di kebanyakan tempat.

Sennybridge, di Taman Negara Brecon Beacons di Wales, mendahului rekod salji dengan 30 sentimeter manakala Coleshill, dekat dengan Birmingham menerima 10 sentimeter.

Kali terakhir Britain menyaksikan salji yang tebal di seluruh negara pada Mac 2013 dan pada musim sejuk tahun 2010.

Di Perancis, sebuah feri yang membawa lebih daripada 300 orang di atas kapal terjejas disebabkan angin kencang di Calais, turut mengganggu lalu lintas di salah satu pelabuhan penumpang yang paling sibuk di Eropah.

Namun tidak kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

Di Perancis, 32 jabatan diletakkan pada amaran oren dengan angin melebihi 100 kilometer di beberapa kawasan.

Di kawasan Pas-de-Calais dan Nord di utara, kira-kira 20,000 rumah tanpa elektrik disebabkan angin kuat yang menjejaskan bekalan, kata pembekal kuasa Enedis.

Hujan lebat juga menyebabkan penutupan dua lapangan terbang di pulau Mediterranean Corsica Perancis. – MalaysiaGazette