WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menandatangani arahan untuk menghantar warganya ke bulan, seterusnya ke planet Marikh, kata White House.

Trump akan menandatangan ‘Space Policy Directive 1’ yang mengarahkan agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) ‘memimpin program penerokaan angkasa inovatif ‘bagi menghantar semula angkasawan Amerika ke bulan, dan kemudian ke planet Marikh,” kara jurucakap Hogan Gidley.

Gidley berkata, tindakan Trump itu berdasarkan syor yang dikemukakan Majlis Angkasa Kebangsaan, lapor Reuters.

“Beliau akan mengubah dasar penerbangan angkasa negara kami bagi membantu Amerika menjadi penggerak industri angkasa, mendapat pengetahuan baru daripada alam semesta dan memacu teknologi,” kata Gidley dalam satu kenyataan. – Agensi

Comments are closed.