Home Ekonomi Yunos naik pangkat jadi CEO BSN

Yunos naik pangkat jadi CEO BSN

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) melantik Datuk Yunos Abd. Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya bagi tempoh tiga tahun sehingga 30 November 2020.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, BSN berkata, Yunos mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan telah berkhidmat dalam pelbagai aspek operasi termasuk perbankan antarabangsa dan Islam.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Eastern Michigan, Amerika Syarikat dan juga ahli Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asia.

Yunos sebelum ini merupakan timbalan CEO sokongan korporat BSN.

“Berdasarkan pengalaman luas dalam sektor perbankan dan disokong oleh pengurusan kanan sedia ada, lembaga pengarah yakin dan percaya beliau mampu mengetuai BSNK dan sekaligus mengukuhkan struktur organisasi serta meningkatkan strategi perniagaan untuk menjana pendapatan berterusan,” kata Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. – MalaysiaGazette