Home Dunia Kanak-kanak dirogol disumbat kayu 24 sm

Kanak-kanak dirogol disumbat kayu 24 sm

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun diseksa apabila kemaluannya dijolok dengan kayu berukur sepanjang 24 sentimeter (cm).

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan mangsa mati kerana kecederaan teruk pada usus dan uterusnya.

“Laporan bedah siasat tersebut menyebut doktor turut menemui kayu sepanjang 24 sentimeter (sm) yang dijolok secara paksa menerusi kemaluannya. Terdapat kecederaan serius pada usus dan uterus budak terbabit.

“Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahu dan pinggang selain kecederaan pada hidung dan tekaknya,” menurut laporan bedah siasatan yang dijalankan Dr Reetu Gupta.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh penduduk setempat berhampiran rumahnya di kampung Uklana, Hisar pada pagi Isnin selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya sehari sebelum itu.

Dalam perkembangan berkaitan, polis telah menyoal siasat beberapa individu, namun masih belum melakukan sebarang tangkapan.

Kejadian menggemparkan itu turut mencetuskan protes yang disertai aktivis dan pemimpin politik di daerah terbabit.

Kes ini adalah antara perbuatan rogol menggemparkan negara itu selepas lima tahun kejadian rogol bergilir-gilir seorang ibu sebelum dia dibunuh berlaku. – MalaysiaGazette