Home Dunia Protes Trump di Asia Barat berterusan

Protes Trump di Asia Barat berterusan

BAITULMAQDIS- Kecaman dan bantahan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus disuarakan pada hari kelima tunjuk perasaan di Asia Barat diadakan.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) yang berpendirian bahawa sebahagian besar kesatuan itu perlu mencontohi pendirian AS.

Ketua Dasar Asing EU bagaimanapun lantang menentang kenyataan Netanyahu.

Di Kaherah, Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menyifatkan pengumuman dibuat Trump itu merosakkan kestabilan di rantau berkenaan dan turut menggesa rundingan Israel – Palestin yang sekian lama tertangguh diadakan semula.

Dalam sidang media yang sama selepas mengadakan pertemuan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula berkata, kedua-dua mereka mengambil mempunyai pendirian yang sama. -MalaysiaGazette