Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli memberi kenyataan kepada media ketika hadir untuk memberi keterangan dan menyerahkan bukti kepada SPRM di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dibidas oleh pengguna laman sosial Facebook apabila dilihat ‘menyerang’ wartawan daripada TV3 yang membuat liputan sidang medianya di ibu pejabat Invoke.

Nurul Ashikin yang juga bekas penulis blog pro Pakatan Rakyat membidas perbuatan Rafizi yang didakwa menyerang peribadi pemberita tersebut ketika sidang media berkenaan penganjuran Ekspo Negaraku di Sungai Besi hari ini.

“Jangan serang peribadi wartawan please YB (yang berhormat), dia buat kerja atas arahan” tulisnya pada ruangan komen di laman Facebook milik Rafizi pada sidang media secara langsung menerusi laman sosial itu.

Habib Al-ajmi Mohamad yang juga mengikuti siarang tersebut mengecam tindakan Rafizi yang didakwa cuba memalukan wartawan tersebut.

“Wartawan (buat) kerja pun kau malukan,” katanya di ruangan komen.

Berikut merupakan antara petikan daripada Rafizi terhadap wartawan tersebut ketika sidang media berkenaan sedang berlangsung:

“Saya nak umum, kamera boleh tunjukkan tak? Ini kali pertama wartawan TV3 hadir pada majlis kita dan sebab itu saya tidak kenal. Sebab itu tidak ada sidang media yang letak mikrofon ya.

“Jadi saya ingat TV3 malu mengaku dia TV3 jadi kita ambil(gambar) supaya apabila TV3 spin separuh-separuh lepas ini,….Patut adik tadi muka merah apabila saya cakap pasal mungkin duit Media Prima.”

Untuk rekod, pada tahun 2015, Rafizi pernah menyatakan sokongannya terhadap kebebasan media sebagai membidas penahanan pengarang portal berita The Malaysian Insider ditahan bawah Akta Hasutan 1948.

Malah menurutnya kebebasan media adalah lebih penting daripada kebebasan bekas presiden partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

“Bila sampai masa kita akan selesaikan perkara itu. Ada banyak lagi isu. Kawan kamu, wartawan sedang ditekan, mari berdepan perkara ini dahulu dan bukannya spekulasi.

“Saya rasa mempertahan media bebas dan wartawan lebih penting daripada mempertahankan ahli politik di penjara. Tanpa kamu semua, tiada apa yang boleh kami buat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen ketika itu.

Terdahulu, Rafizi juga pernah mendedahkan kejatuhan kebebasan media pada tahun 2014 dan turut mempersoalkan transformasi berhubung perkara itu.- MalaysiaGazette

3 Komen

    • Nawaitu tu betulkan dulu. Jangan taksub sangat sampai tak nampak niat jahat dia nak malukan seorang yang tak bersalah di depak khalayak ramai. Tak setuju dengan tv3 tu hak korang, tapi yang nak aibkan pekerja yang setakat menjalankan tugas kenapa? Cuba nenek engkau yang kena sindir macam tu, kau suka? Hah?

Comments are closed.