Louis Van Gaal

MANCHESTER – Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal mengkritrik pasukan itu yang kini dipimpin Jose Mourinho.

Beliau menganggap pengurus terkini United itu menggunakan taktik yang amat membosankan, lapor laman portal sukan Fox Sports, Belanda.

Van Gaal yang dilihat masih berkecil hati ekoran pemecatannya pada 2016 mendakwa, apa yang dilakukan ketika beliau berada di Old Trafford adalah lebih menarik.

“Kita bermain bola sepak dan semuanya betul. Tetapi bola sepak bukanlah yang dihargai di England.

“Sekarang tengok United, saya merasakan Mourinho tidak dikritik apabila menunjukkan bola sepak yang membosankan.

“Apa yang United hasilkan sekarang adalah ‘bola sepak bertahan’.

“Saya sentiasa bermain bola sepak dengan menyerang. Buktinya adalah apabila pihak lawan ‘hanya meletakkan bas sahaja’. Mereka tidak melakukan itu kerana Mourinho bermain bertahan,” katanya.

Corak permainan Mourinho dikritik apabila tewas kepada 1-2 kepada pesaing terdekat, Manchester City pada Isnin lalu, sekali gus melebarkan jarak sebelas mata di antara kedua-dua pasukan. – MalaysiaGazette