Datuk Mohamed Khusrin Munawi

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dilantik sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu hari ini.

Pelantikan beliau yang bakal berkuatkuasa pada 1 Januari 2018 itu diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia disempurnakan pada majlis istiadat pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan majlis santapan tengah hari bersama 423 imam masjid seluruh negeri di Istana Alam Shah.

Turut hadir memberikan sembah menghadap adalah anggota MAIS untuk sesi 2018-2020, iaitu Timbalan Pengerusinya, Datuk Ramli Mahmud; SUK Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Datuk Mohamed Khusrin akan menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat perkhidmatan sebagai pengerusi MAIS sejak 2005. – MalaysiaGazette