Home Dunia AS buka rundingan dengan Pyongyang tanpa syarat

AS buka rundingan dengan Pyongyang tanpa syarat

Rex Tillerson

WASHINGTON – Amerika Syarikat bersedia membuka rundingan berhubung senjata nuklear dengan Korea Utara, tanpa prasyarat.

“Mari kita berjumpa dan bercakap tentang situasi ini jika mahu,” kata Setiausaha Negara itu, Rex Tillerson pada satu forum dasar di sini.

Kenyataannya itu nyata berbeza dengan pendirian Amerika Syarikat sebelum ini yang menuntut Korea Utara menghentikan semua pelancaran senjata.

Beberapa siri ujian senjata nuklear dan peluru berpandu telah menyebabkan Korea Utara dikenakan sekatan ekonomi.

illerson menegaskan sekatan ekonomi dan diplomatik akan berterusan sehingga “bom pertama jatuh”.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu dan perang mulut antara Trump dan Kim Jong-un.

Tillerson berkata, Amerika Syarikat memang tidak boleh menerima ujian senjata nuklear yang dilakukan Korea Utara.

Namun, Amerika Syarikat dilihat berlembut apabila Tillerson mengajak Korea Utara berbincang.

“Mari kita berjumpa dan bercakap tentang isu ini jika anda mahu dan bercakap sama ada ia akan menjadi meja persegi atau meja bulat jika itu yang membuatkan Korea Utara mahu.

Tillerson juga mengatakan bahawa China telah membuat pelan kontingensi untuk menampung pelarian Korea Utara sekiranya berlaku konflik. – MalaysiaGazette