Foto Instragram Aishah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aishah mencabar seorang individu menggunakan akaun Facebook palsu agar tampil berhadapan dengannya.

Aishah berkata, individu yang menggunakan identiti sebagai ‘Ustazah Hamidah’ itu boleh bersemuka jika mempunyai rasa tidak puas hati terhadap dirinya.

“Mari jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang biar depan-depan.

“Saya nak jumpa sangat-sangat ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain,” tulisnya di laman sosial Facebook di sini.

Aishah menyelar tindakan seorang individu menggunakan akaun Facebook palsu yang menulis komen negatif dengan kata-kata kesat terhadapnya.

Individu itu mengkritik penyanyi itu yang tergedik-gedik selepas menyertai program  hiburan Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Bagaimanapun, Aishah berkata, dia langsung tidak terkesan dengan serangan keyboard warrior itu.

“Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. Saya OK sahaja dan tidak jadi kudis pun dengan keyboard warrior ni.

“Cuma nak ingatkan diorang mungkin mereka ni boleh tulis selindung muka, tapi Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni,” ujarnya.

Aishah bersama Hazami, Liza Hanim, Lan dan Firman bakal beraksi di pentas final GV4 yang bakal berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor pada Ahad ini. – MalaysiaGazette