Home Dunia Dublin tarik semula anugerah kehormat Suu Kyi

Dublin tarik semula anugerah kehormat Suu Kyi

Aung San Suu Kyi

DUBLIN – Ahli-ahli Majlis Bandar Raya Dublin telah mengundi untuk mengeluarkan Aung San Suu Kyi daripada Anugerah Kebebasan Bandar Dublin.

Tindakan itu dibuat selepas pemuzik pop, Bob Geldof menyerahkan balik anugerah yang sama diterimanya sebagai protes penyertaan Suu Kyi dalam senarai kehormat itu.

Suu Kyi didakwa mengabaikan penganiayaan dan keganasan terhadap kaum Rohingya oleh tentera Myanmar sehingga lebih daripada setengah juta telah melarikan diri ke Bangladesh.

Dalam undi yang dijalankan sebanyak 59 orang menyokong, dua menolak dan satu berkecuali. – MalaysiaGazette