KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Dato Keramat pada Jumaat ini.

Gangguan bekalan air itu bermula pada pukul 9 malam pada 15 Disember hingga 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan-kawasan terlibat di Kuala Lumpur ialah AREM Court, JUPEM, Dataran Felda, Kampung Dato Keramat, FELDA, Kementah, Flat DBKL Dato Keramat, Lanai Gurney,
Gurney Height, Lembaga Perkayuan Malaysia, Jalan Gurney, Lorong Gurney, Jalan Gurney 1hingga 3, Lorong Gurney Kiri, Jalan Kent 1-7 dan Pulapol.

Jalan Lai Tet 1, Pusat Dialisis Felda, Jalan Perumahan Gurney, Pusat Latihan Telekom, Jalan Maktab 1-6, Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Padang Tembak, UTM, Jalan Lai Tet Loke 1-2, Wisma Tanah, Jalan San Ah Wing, Wisma Transit Kuala Lumpur dan Jalan Semarak.

Kawasan terlibat di Gombak adalah Taman Bukit Keramat.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat. – MalaysiaGazette