Home Dunia OIC mahu dunia iktiraf Baitulmaqddis milik Palestin

OIC mahu dunia iktiraf Baitulmaqddis milik Palestin

Mahmoud Abbas

ISTANBUL – Para pemimpin 57 negara Islam mahu dunia mengiktiraf  Timur Baitulmaqddis milik Palestin.

Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam turut mengisytiharkan keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqddis ebagai ibu kota Israel sebagai “batal dan tidak sah”.

Ia juga mengatakan langkah itu memberi isyarat penarikan Washington daripada peranannya dalam proses perdamaian Timur Tengah dan perlu diambil alih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam ucapannya pada sidang kemuncak OIC di Istanbul, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, Amerika Syarikat tidak boleh diterima sebagai mediator kerana ia berat sebelah memihak kepada Israel.

Status Baitulmuqaddis menjadi konflik kepada Israel dan Palestin sejak sekian lama.

Bandar ini adalah rumah kepada tempat-tempat keagamaan yang penting untuk agama Yahudi, Islam dan Kristian, terutama di Baitulmuqaddis Timur.

Israel menduduki bahagian tersebut, yang sebelum ini diduduki oleh Jordan semasa perang Timur Tengah 1967 dan menganggap seluruh bandar itu tidak dapat dipisahkan.

Orang-orang Palestin mendakwa Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya pada masa depan dan status ini perlu dibincangkan di peringkat akhir perundingan damai.

Kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqddis tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan semua negara kini mengekalkan kedutaan mereka di Tel Aviv.

Walau bagaimanapun, Trump telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akhirnya akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqddis. – MalaysiaGazette