Home Dunia Wanita bunuh suami, rancang bedah muka kekasih ditahan

Wanita bunuh suami, rancang bedah muka kekasih ditahan

Swati Reddy dan suaminya Sudhakar Reddy.

TELANGANA – Sepasang kekasih didakwa membunuh suami kepada wanita itu dan kemudian melakukan pembedahan plastik supaya muka teman lelakinya menyerupai lelaki yang dibunuh.

Wajah kekasih wanita itu disimbah asid supaya ia boleh diubah selepas pembedahan, kata polis di negeri Telangana.

Bagaimanapun, tipu helah pasangan itu dapat dihidu oleh saudara lelaki suami wanita berkenaan semasa dia melawat di hospital.

Dia kemudian membuat laporan polis bagi membolehkan ujian cap jari dilakukan dan mendapati ada percanggahan.

Isteri kepada lelaki yang dibunuh itu, Swati Reddy kemudian ditahan.

Malah, kekasihnya, Rajesh Ajjakolu yang kini menerima rawatan akibat simbahan asid juga akan ditahan sejurus dibenarkan keluar hospital.

Suami wanita itu Sudhakar Reddy, dikatakan telah dibunuh pada malam 26 November lalu dan mayatnya dibuang hari berikutnya.

Sehingga kini mayat Reddy belum dijumpai.

Rajesh Ajjakolu. Foto AgensiPolis memberitahu, wanita itu mengaku bahawa dia bersama teman lelaki, Rajesh Ajjakolu telah membunuh suaminya.

Ajjakolu yang dimasukkan ke hospital pada 28 November dan wanita itu telah memberitahu saudara suaminya yang Reddy telah diserang dan disimbah asid.

Polis berkata, ibu bapa Reddy percaya bahawa lelaki yang menjalani rawatan itu adalah anak mereka dan mereka membayar sehingga 500,000 rupee untuk rawatan hospital.

Penipuan pasangan itu tidak diketahui sehingga 9 Disember lalu apabila saudara lelaki Reddy melawat hospital dan membuat aduan polis setelah mendapati identiti lelaki yang dirawat itu meragukan. – MalaysiaGazette