Pedro Pablo Kuczynski

LIMA – Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski didesak untuk meletak jawatan berikutan tuduhan rasuah yang melibatkan syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht.

Kuczynski dilaporkan hilang sokongan dalam kalangan anggota Kabinetnya.

Skandal Odebrecht tercetus apabila Kuczynski didakwa dibayar oleh syarikat itu hampir AS$5 juta semasa dia menteri ekonomi dan ketua kabinet.

Namun Kuczynski menafikan tuduhan tersebut.

Odebrecht didenda AS$3.5 bilion oleh Amerika Syarikat pada tahun lepas kerana merasuah pegawai dari pelbagai negara.

“Penasihat yuran penipuan” adalah satu kaedah yang digunakan oleh Odebrecht untuk menyalurkan rasuah kepada pegawai, mengikut kes terhadap firma itu.

Bekas presiden syarikat itu, Marcelo Odebrecht sedang menjalani hukuman penjara 19 tahun di Brazil dan telah bersetuju untuk bekerjasama sebagai balasan untuk kelonggaran hukuman yang dikenakan.

Marcelo juga memberitahu pendakwa bahawa syarikat pembinaan telah membayar AS$29 juta sebagai rasuah kepada pegawai Peru selama bertahun-tahun.

Kuczynski, 79, pada mulanya menafikan menerima wang dari Odebrecht. Tetapi beliau kini menafikan menerima sebarang bayaran haram tetapi mengakui bekerja sebagai penasihat untuk firma itu.

Parti pembangkang sayap kanan Peru, yang menguasai kongres negara itu berkata, terdapat bukti yang cukup untuk membuktikan rasuah oleh Kuczynski.

Parti itu memberi amaran bahawa ia akan memulakan prosiding siasatan terhadap presiden itu jika beliau tidak menawarkan peletakan jawatan pada hari Khamis. – MalaysiaGazette