Manchester United's Armenian midfielder Henrikh Mkhitaryan (C) strikes the ball with the back of his heel to score their third goal during the English Premier League football match between Manchester United and Sunderland at Old Trafford in Manchester, north west England, on December 26, 2016. AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho akhirnya memberi jawapan kenapa Henrikh Mkhitaryan tidak disenaraikan dalam pasukannya baru-baru ini.

Mourinho menjelaskan, ini kerana ramai lagi pemainnya yang layak untuk beraksi berbanding pemain tengah kelahiran Armenia itu.

Nama Mkhitaryan tidak disenaraikan dalam tujuh daripada lapan perlawanan terakhir.

Dia hanya diturunkan selama 19 minit semasa penyertaan dalam perlawanan pertama sejak 5 November lalu.

Malah Mkhitaryan turut tidak muncul ketika United mengalahkan Bournemouth 1-0 pagi kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Victor Lindelof, Sergio Romero, Ander Herrera, Daley Blind, Ashley Young, Marcus Rashford dan Zlatan Ibrahimovic dinamakan di bangku simpanan mendahului pemain itu.

“Saya memiliki dua pemain pertahanan yang boleh bermain di posisi yang berbeza iaitu Ashley Young sebagai pemain sayap.

“(Ander) Herrera adalah pemain tengah, Zlatan (Ibrahimovic) adalah penyerang, (Marcus) Rashford merupakan penyerang kedua dan pemain sayap.

“Jika saya pilih Mkhitaryan bermakna saya tidak mempunyai salah seorang daripada mereka,” – Mail Online