Mohamed Salah.

KUALA LUMPUR – Prestasi memuncak penyerang Liverpool, Mohamed Salah membolehkan dia dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk bulan November selepas menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan.

Ketika ini, pemain berusia 25 tahun itu merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol pada musim ini.

Tujuh gol Salah diperoleh menerusi  jaringan berganda ketika Liverpool menentang West Ham, Southampton dan Chelsea.

Satu gol lagi ketika terikat seri dengan Chelsea.

Salah telah menjaringkan 20 gol dalam semua perlawanan Liverpool musim ini, yang pertama di Anfield selepas perpindahan musim panasnya bernilai £39 juta (RM212 juta) dari Roma. – MalaysiaGazette