BANGKOK – Syarikat penerbangan Thai Airways International dan Airbus merancang untuk membuka hab penyelenggaraan dan baik pulih operasi (MRO) di Thailand, kata seorang pegawai Thai Airways.

Hab bernilai 11 bilion baht (£252 juta) yang mana kira-kira 7 bilion baht datang daripada bajet tentera laut Thailand manakala bakinya dilaburkan oleh usahasama oleh Thai Airways dan Airbus.

Pegawai Pengurusan dan Penerbangan Thai Airways, Ronnachai Wongchaoum memberitahu media di Bangkok.

Hab penyelenggaraan penerbangan itu akan dibuka di Lapangan Terbang U-Tapao, Thailand iaitu sebuah lapangan terbang tentera berhampiran kawasan pantai di timur negara berkenaan.

Projek berkenaan akan menambah kepada pertumbuhan sektor penyelenggaraan pesawat di Indonesia, Thailand serta Malaysia dan dijangka mampu mengancam dominasi Singapura dalam sektor tersebut.

Thai Airways akan mula menyelenggara Airbus A380 dengan sokongan pasukan Airbus di U-Tapao yang terletak kira-kira 150 kilometer di selatan Bangkok.

Kemudahan baharu itu akan menyediakan perkhidamatan seperti penyelenggaraan berat, penyelenggaraan sejajar serta perkhidmatan mengecat pesawat. – MalaysiaGazette