lebuh raya
Pengguna melepasi Plaza Tol Sungai Rasau di Shah Alam secara percuma pada pukul 12.01 tengah malam selepas pelaksanaan Pemansuhan Kutipan Tol Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga mulai 1 Januari 2018.
Seorang penyokong Barisan Nasional memegang placard yang tertera ” Terima Kasih Perdana Menteri” ketika berkumpul di perkarangan Plaza Tol Sungai Rasau beberapa minit sebelum perlaksanaan Pemansuhan Kutipan Tol Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga menjelang detik 12.01 di Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 31 DISEMBER 2017
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar bersalaman dengan pengguna pertama yang melalui Plaza Tol Sungai Rasau secara percuma selepas beliau menyempurnakan gimik pelaksanaan Pemansuhan Kutipan Tol Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga di Plaza Tol Sungai Rasau, Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 31 DISEMBER 2017
Seorang pengguna Plaza Tol Sungai Rasau menunjukkan isyarat bagus sebaik bermulanya Pemansuhan Kutipan Tol Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga selepas detik jam 12.01 pagi di Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 31 DISEMBER 2017