Wadi Anuar

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar yang terlibat dalam kemalangan di Bukit Merah semalam kini sudah mula sedar.

Beliau yang kini dirawat di Hospital Taiping itu dikatakan patah bahu dan mengalami kecederaan luar akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian semalam, Wadi dan seorang lagi rakannya, Ustaz Murtadza Yusof dan ayahnya dan Ustaz Hambali Zulkifli terlibat dalam kemalangan di Kamunting, Perak.

Bagaimanapun, walaupun sedar namun beliau masih dalam keadaan lemah dan tidak mampu lagi bercakap.

Sementara itu, Murtadza yang mengalami pendarahan otak kini menjalani pembedahan yang agak berisiko tinggi.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan