KUALA LUMPUR – Video memaparkan seorang pemuda berbangsa Melayu menyanyi dalam satu rancangan realiti Bollywood kini menjadi tular menerusi media sosial.

Menerusi video berkenaan, pemuda bernama Fakhrul Razi yang segak berbaju Melayu lengkap bersampin, berjaya memukau barisan para juri profesional termasuk pengarah popular, Karan Johar melalui kehebatan suara dan persembahannya yang bersahaja.

Meskipun video itu dirakam beberapa bulan lalu, namun nama Fakhrul kini menjadi tumpuan bukan sahaja di bumi kelahirannya, Brunei malah juga di Malaysia. – Sumber berita 1News.