Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim pada pelancaran jersi baharu JDT di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2018 dilancarkan di Dataran Bandaraya di sini malam ini.

Pelancaran jersi baharu itu disempurnakan oleh Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dan Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.

Nike meneruskan tajaannya kepada JDT untuk musim 2018 (yang bermula sejak tahun 2017) membabitkan skuad utama JDT dan JDT II yang beraksi di Liga Perdana.

Selain itu, Nike turut menaja Skuad JDT III yang beraksi pada saingan Piala Presiden dan skuad JDT IV yang beraksi untuk Piala Belia.

Rekaan jersi kit pada musim ini didatangkan dengan tiga warna iaitu jersi tuan rumah (Home) berwarna biru, jersi di gelanggang lawan (Away) berwarna merah dan jersi alternatif berwarna biru cair.

Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia/ Thailand, Ernest Rodridgues berkata, Nike amat berbesar hati menaja sebuah pasukan yang memiliki falsafah yang jelas dalam memacu kejayaan lebih besar.

“Nike gembira dapat menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik dalam Malaysia”, katanya. – MalaysiaGazette.

Kongsi

Tinggalkan Jawapan