Home Utama Tanah Felda: PDRM masih ambil keterangan

Tanah Felda: PDRM masih ambil keterangan

Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka mengambil keterangan individu lain sebelum menyerahkan kertas siasatan berhubung isu tanah FELDA di Jalan Semarak kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sehingga kini siasatan masih berjalan.

“Saya tidak boleh menyatakan peratusan siasatan ini sudah dilakukan. Ia bergantung kepada kepada siasatan dan keterangan yang diambil oleh pegawai penyiasat.

“Tapi kita serius menjalankan siasatan ini dan berharap dapat menyerahkan siasatan pada minggu depan. Namun, ia bergantung kepada perkembangan siasatan yang dijalankan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau terdahulu ditemui pemberita pada sidang media selepas melancarkan pejabat baharu Sekretariat ASEANPOL di Menara Bank Rakyat.

Minggu lalu, bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad antara yang dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berhubung isu pemindahan hak milik tanah FELDA itu.-MalaysiaGazette

Comments are closed.