Penyanyi, Aishah Ariffin bergambar kenangan bersama peminatnya pada sesi ramah mesra bersama kelab peminatnya di Melawati Mall, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Lebih 30 tahun dalam industri seni, juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah menyuarakan keterujaannya yang baharu sahaja mempunyai kelab peminat sendiri.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, terharu kerana masih mempunyai peminat tegar yang ada dan rata-ratanya menghafal lagu-lagunya.

“Kelab peminat ini bermula dengan kemunculan saya dalam GV masa dulu masa saya dulu mana ada kelab-kelab peminat.

“Seronok ada kelab peminat ini. Kalau sebelum ini kita tidak tahu respon peminat, sebelum ini jumpa persembahan, jumpa ambil gambar-gambar lepas itu habis.

“Kali ini ada dalam kalangan mereka yang tegar, ada CD (cakera padat), ada kaset ada yang lebih ingat lirik lagu daripada saya,” katanya yang diraikan oleb kelab peminatnya di salah sebuah pusat karaoke di Melawati Mall hari ini.

Aishah juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila mendapat perkhabaran yang salah seorang peminatnya terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan untuk hadir bersama-samanya ke majlis meraikan kemenangan dan pelancaran kelab peminatnya hari ini.

Sesi fotografi bersama penyanyi, Aishah Ariffin dan suaminya, Shamsul Bahari pada sesi ramah mesra bersama kelab peminatnya di Melawati Mall, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 JANUARI 2018

Aishah yang menyepi sejak tahun 2012 mengakui banyak perubahan yang berlaku kepadanya selepas dinobat juara GV4 baru-baru.

Antara kejutan itu termasuklah menerima ‘kunjungan mat despatch’ di rumahnya yang menghantar hadiah daripada peminat.

‘Kehidupan selepas GV Selalu jumpa ‘mamat pos laju’ (penghantar barang) sampai tak larat mereka kalau saya tak ada disimpan sahaja di depan tak larat tunggu dah,” ujarnya. -MalaysiaGazette