Gambar arkib

KUALA LUMPUR – Penutupan sementara Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menyebabkan kelewatan pesawat AirAsia yang berlepas dari lapangan terbang tersebut.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataannya berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) terpaksa menutup sementara landasan berkenaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang mustahak.

“Landasan 1 dan Landasan 2 beroperasi seperti biasa namun para penumpang terpaksa menjangkakan berlakunya kelewatan akibat penutupan Landasan 3,” kata AirAsia.

Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan mengenai butiran terkini penerbangan mereka serta diberikan nasihat berhubung pilihan-pilihan yang ada menerusi emel atau SMS.

Setakat ini masih tiada kenyataan daripada MAHB berhubung perkara ini.-MalaysiaGazette