Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka terus meningkat berbanding dolar US berikutan prospek ekonomi negara yang positif, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau mengulas unjuran ahli ekonomi bahawa unit tempatan akan bergerak kepada nilai saksama antara 3.50 dan 3.70 berbanding dolar US.

“Saya fikir terdapat banyak lagi ruang untuk penambahbaikan. Kita mempunyai eksport dan pelaburan langsung asing yang kukuh, dengan harga minyak yang bertambah baik, serta pasaran modal kita.

“Semua prospek positif ini akan memberi manfaat kepada kita dari segi ekonomi dan juga mata wang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pelaburan hartanah antara Titijaya Land Bhd (Titijaya) dan Tokyu Land Corporation (TLC) di sini hari ini.-BERNAMA

Comments are closed.