Home Dunia Amaran palsu, FCC buat siasatan penuh

Amaran palsu, FCC buat siasatan penuh

WASHINGTON – Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC) Amerika Syarikat melancarkan siasatan lengkap berhubung amaran kecemasan palsu bahawa peluru berpandu balistik menuju ke Hawaii, kata pengerusinya.

“@FCC melancarkan siasatan penuh ke atas isyarat kecemasan palsu yang dihantar kepada penduduk Hawaii,” kata pengerusi FCC, Ajit Pai menerusi Twitter.

Amaran itu dihantar kepada penduduk Hawaii pada pukul 8.07 pagi yang menyatakan: “Ancaman peluru berpandu balistik menuju ke Hawaii. Segera berlindung. Ini bukan latihan”

Mesej itu turut disiarkan di stesen-stesen televisyen di Hawaii, menurut laporan berita. Amaran itu kemudian dibatalkan selepas 38 minit.

FCC mempunyai bidang kuasa ke atas sistem kecemasan.

Awal minggu ini, Pai berkata, FCC akan mengundi pada mesyuarat Januari untuk meningkatkan keberkesanan peringatan kecemasan tanpa wayar yang telah wujud sejak 2012.

Pai berkata, sistem amaran yang ditambah baik membolehkan rakyat Amerika lebih peka dan serius terhadap amaran yang diterima.

CNN memetik Ige sebagai berkata, ia adalah kesilapan manusia dan seseorang di agensi pengurusan kecemasan negeri telah menekan “butang yang salah” semasa perubahan syif.

Gabenor Hawaii, David Ige dalam satu kenyataan berkata: “Orang awam mesti mempunyai keyakinan terhadap sistem kecemasan  kami. Saya berusaha untuk sampai ke bawah ini supaya dapat mengelakkan kesalahan ini pada masa akan datang.” – MalaysiaGazette