BOGOTA – Seorang pekerja minyak Colombia diculik oleh kumpulan pemberontak ELN, selepas rundingan damai dengan kerajaan gagal dan gencatan senjata tamat.

Polis berkata, lelaki itu diculik dari sebuah pejabat di Saravena berhampiran sempadan dengan Venezuela.

Insiden itu berlaku ketika ketua PBB, Antonio Guterres, tiba di negara itu.

Rundingan damai dengan ELN digantung minggu lalu kerana serangan lain.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres tiba di negara itu untuk bertemu dengan Presiden, Juan Manuel Santos dan anggota misi PBB di Colombia.

Perbincangan dengan ELN telah ditetapkan untuk disambung semula di negara jiran Ecuador, tetapi tidak ada perjanjian untuk memperluas gencatan senjata dan kerajaan pula tarik diri kerana serangan ELN pada saluran paip dan pangkalan tentera laut.

Perjanjian dengan ELN sepatutnya menamatkan konflik di Colombia selepas perjanjian dilancarkan pada November 2016 dengan Angkatan Bersenjata Revolusi.

Di bawah perjanjian yang dipimpin oleh Presiden Santos, Farc telah melucutkan senjata dan menumpas perjuangannya dan berubah menjadi sebuah parti politik. – MalaysiaGazette