Diana Danielle
Foto Instagram Diana Danielle.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Farid Kamil tampil membuka mulut apabila dia akan sentiasa menyokong suaminya berhubung berhubung kontroversi yang melanda sejak Khamis lalu.

Menerus laman sosial Instagram miliknya, Datin Diana Danielle menegaskan Farid tidak pernah sekali pun mengasarinya.

“Pertamanya, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua kepada saya dan suami. Keduanya, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya.

“Saya tetap berdiri di belakang suami saya dan kami akan berusaha untuk memperbaiki keadaan. Buat masa ini, saya tidak akan menjawab sebarang persoalan lain kerana ianya tidak perlu,” tulis ibu kepada sepasang anak itu.

Farid kini ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan akan dakwaan yang beliau mengasari pihak berkuasa dan orang awam di sebuah balai polis Khamis lalu. – MalaysiaGazette

Foto Instagram Diana Danielle.