Instagram Fizo Omar.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fizo Omar akhirnya mengumumkan dia memilih nama Wan Maryam untuk anaknya perempuannya yang dilahirkan dua minggu lalu.

Menerusi Instagramnya, Fizo, 33, turut memberi penghargaan kepada isterinya, Mawar Abdul Karim yang bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka.

“Nama saya Wan Maryam Binti Wan Hafizol. Hari ini genap dua minggu umur saya. Terima kasih kepada yang mendoakan kami semua selama ini,” tulis Fizo yang kini seorang usahawan.

Sementara itu, Mawar, 29, selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur pada 29 Disember lalu.

Mawar yang juga pengasas tudung Fareeda itu melahirkan bayi berkenaan secara pembedahan dengan berat 2.78 kilogram.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari 2016 selepas berkahwin lebih daripada dua tahun. – MalaysiaGazette