Husam (tengah) mempengerusikan mesyuarat PH Kelantan di Wisma Tok Guru.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan buat pertama kalinya mengadakan mesyuarat Pakatan Harapan (PH) negeri di bangunan Wisma Tok Guru semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PAN negeri, Datuk Husam Musa itu menggunakan bangunan berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu meluluskan permohonan Injunksi Enriford yang dimohon Husam ke atas pemilik tapak wisma itu, Yasin Mohd Yusuf.

Wisma Tok Guru yang terletak di Kampung Pendek, Salor dekat Kota Bharu menjadi kontroversi apabila Pas Kelantan melalui Dewan Pemudanya hendak mengambil alih bangunan itu kerana mendakwa ia milik parti tersebut.

Bagaimanapun, berlaku perebutan antara Dewan Pemuda Pas Kelantan dengan penyokong PAN Negeri kerana masing-masing menganggap Wisma Tok Guru milik mereka.

Berikutan itu, Husam terpaksa mengosongkan bangunan itu pada pertengahan November lalu berikutan tempoh notis yang dikeluarkan pihak mahkamah tidak membenarkan PAN menggunakan premis berkenaan.

Bagaimanapun, dalam permohonan Injunksi Enriford selepas itu memihak kepada Husam dan PAN Kelantan. – MalaysiaGazette