KUALA LUMPUR – Bekas blogger kontroversi, Sir Azri mahu kerajaan terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Beliau atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris menghubungi sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai perkara itu.

Dalam perbualannya dengan Jamil Khir melalui telefon bimbit yang disiarkan dalam media sosialnya, Sir Azri mendakwa Nur Sajat yang identitinya pondan tetapi sering tampil dalam keadaan seperti wanita sebenar di media sosial termasuk memuatnaik gambar teman lelaki dan ‘anak-anaknya’.

Menurutnya, apa yang dilakukan jutawan kosmetik itu memberi impak buruk kepada generasi muda.

Dalam perbualan yang sama, Jamil Khir memaklumkan kuasa dalam kes sedemikian melibatkan perundangan syariah dan ia bidang kuasa jabatan agama negeri-negeri.

Bagaimanapun, Jamil Khir mengucapkan terima kasih kepada Sir Azri kerana memberi maklumat mengenai perkara itu dan akan memanjangkannya kepada JAKIM.

Sebelum itu, Sir Azri dan Nur Sajat sudah ‘berperang’ di media sosial dan Nur Sajat pernah menghentamnya melalui rakaman video di media sosial.

Selain peniaga yang berjaya Sajat juga terlibat dalam kegiatan seni termasuk mengeluarkan single ‘Abang Nak Tegur’ bersama seorang lagi pengusaha kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.- MalaysiaGazette

Comments are closed.